Friday, July 10, 2009
Akhirnya ku yang terkena
tapi, biasanya masa ni le jebon2 nak mengganggu.maklumler, hampir kul 5.00 semua otak dah tepu.
tapp..tapp.tapp 12,000 + 3254 + 66,000 + ....
Semasa kusibuk di meja membuat kerja , ekor mataku terpandang makhluk yang sedang bertenggek depan pintu bilikku.
ku pandang sekilas, oh budak hafez ni.
ku wat-wat tak tau.
ku pandang lagi. Dia sengih. Sambil mencangkung macam nak uk uk tangannya mendopang pipi sambil memandangku. Sengihnya tak berenti.
ku kembali tunduk. malas nak layan. fail yang baru diterima sangat memeningkan. Nak buat dek tak leh plak.keje.
Oleh kerana ku rasa makhluk itu masih ada lagi kupandang lagi.
Dia sengih, sikit pon tak berganjak.
Akhirnya ku bersuara..bagi le dia muka sket.."yea hafeez, nak per?"
Tak membuang masa, macam tunggu ku tegur terus dia bersuara .."ermm nengok kak teh ler..hari ni akak pakai tudung kuning kena la ngan kulit akak yang cerah, lebih menyerlah.comenye"...hafeez merenyam..
"isk isk isk...tak tau ler naper feez, tapi masalahnya akak memang tak der duit hari ni...serius."
ku toleh kiri dan kanan mencari2 doit yang ingin disedekahkan kerana memujiku..
"ermm memang tak der le.."ku buat2 muka serius
Hafeez cabut.
Ha.Boleh sambung keje.
Tak sampai 2 minit jebon kedua lak..
"Aduii..aku memang kagum le gan teh ni..hari jumaat cenggini pon still fokus lagi kan. tu ler heran nape tak dapat anugerah cemerlang.." Tiba2 jer jebon no 2 menjenguk masuk.
"Tu la saya pon heran nape tak dapat...." Muka serius.
tap tapp tappp aku mengira lagi ...makin laju..isk diorang ni tak leh fokus le kalau asik kena kaco jer.
Tiba-tiba.. baru jer jebon no 2 pegi...
"Cik teh oOOO.. Cik Teh tak kuar ke minggu ni..dah lama sangat tak kuar..." Driver opis ku menjengukkan kepalanya.
Oiii rajin tul ler...cik teh dah duduk umah baru ke?
Aaaa...sudah..diajaknya ku berbual lak.. aii, rintangan sungguh.beginilah nasib pegawai yang berdedikasi cam ku.
Kul 5.10 minit. Haaaa siap gak. ni masanya ku kaco orang lain plak.
err nak kaco sape yea...
Kaco Zira ler..kusyuk nampak chatting..
Ku berdiri kat blakang, tengah chatting. tak pernah ku chatting guna Y.M. Guna emel tau ler.
"err zira, kalu nak chatting gitu, macammane nak mula..?Ajarle akak."
"Ooo..kak teh kena ada emel Yahoo."
"Kena Yahoo jugak ke? akak ada google jer."
Tiba2 ku lihat di skrin mesej zira "kak teh nak belajar chat ke"
Dalam hatiku.Aikk...???
Zira reply, "A aaa..."
Eh, dengan innesennya ku bertanya, "camner dia tahu akak nak belajar. Zira bagitau ke?"
Zira: Err dia tau ler sebab dia kawan saya
CP: Tipuu ler, mesti sebelum ni zira bagitau..
Zira: Tak ah, sebab dia kawan saya ler dia tau.
CP: Ni kak teh yang dia tulis ni sape?
Zira: Akak ler, kak teh ni ler,sambil tepuk2 ku dan tersengih-sengih.
CP: Kawan Zira yang mana? dok kat ner..?
Zira: He he heee..kawan ler...
Otakku menerawang macam kartun newton..ke ada bau? nampak sangat pengetahuan chatting ku zero. ku teringat kisat saintis jepun yang berjaya menghantar bau ke penerima lain.
Tapi bila direnung balik..zira memang seorang jujur tetapi..agak licik jugak..kawan?
Zira hanya tunduk jer, tak berani memandangku.. hmmm takut tembelang pecah ni?
Tiba-tiba ku terlintas...
"Oooo...kawan yang ni yea....yang kat sebelah ni?.."ku tunjuk pada Zura yang berada di akuarium sebelah Zira.
"keh keh kehhh kehh..kah kaahh kahh koh kooh kohhh" ...tiba-tiba, pecah tawa mereka.
buruk benar ....
"ha haa..baru jer nak tanya kawan dok kat ner.." Zura menambah. "ha haa haaaa"
"ho hoo haaaaa"
"he he hee.."
"Oo ni tak de mulut dah ke sampai dok sebelah pon nak kene chatting.." ku membebel cover malu.
"koh kohh kohh.!!!."
uii.aib sungguh bila buta IT ni..
Tawa mereka langsung tak nak stop!
Thursday, July 9, 2009
Kawin kerana balas dendam
Pernahkah anda dengar sebuah perkahwinan yang dibina kerana balas dendam kepada kekasih.Saya telah mendengar kisah ini sebanyak 3 kali. Seakan perkahwinan menjadi ikatan yang tidak begitu bermakna.
Gambar: Muhtarsuhailifiles.wordpress
Kisah 1
Kisah pertama adalah mengenai teman chatting saya.
Teman saya seorang lelaki yang tidak pernah bersua muka..(apa korang pk?) semestinya kerana memang teman chatting untuk bertukar pendapat sahaja.
Lama kelamaan , dia mula mempercayai saya. Saya namakan dia sebagai En. Syam.
Dia mula meluahkan perasaannya kerana gelprennya yang dikenali selama berbelas tahun dahulu mula beralih arah.curang.
Dia tak sanggup melupakan gelfren dia.
Setiap hari dia meluahkan rasa rindu, marah, sengsara dan bermacam lagi kepada bekas kekasih hatinya. Saya menjadi pendengar yang setia.Tiada komen. maklum, orang tengah angau.
Setelah agak lama, perasaannya mula reda.
Saya mula masuk jarum (apa korang pk?)
Karangan sebanyak lebih kurang 200 patah perkataan saya utarakan padanya. Dan saya harap tatabahasa saya betul agar tidak dipotong markah oleh en.syam.
Antaranya:
En. Syam, sesuatu yang berlaku ada hikmahnya.
1. Sape tau ALLAH nak bagi sesuatu yang lebih baik?
2. Sape tau kalu en.syam kawin dengan gelfren, tetiba gelfren curang pas kawen (sik baik dia curang sekarang).kalu xde anak takpe.kalu ada? apa jadi pada zuriat suci yang tidak bersalah?
3. Sape tau jodoh en. syam dengan yang lain akan menyelamatkan en.syam, bimbing en. syam (ku cakap begini kerana ku rasa dia agak kebaratan)
4. Sape tau rumahtangga en.syam akan bahagia kalu kawen gan dia..jamin ke bahagia?ntah-ntah tiap-tiap hari gaduh..
5. err, en.syam kan hensem.... (ku agak ler, bukankah tak penah jumpe?), petik jari sepuloh mai.Jom petik jari.tap tap tapp
Oleh itu, kerja2 Tuhan ni (perpisahan) ada hikmahnya...ku letakkan sedikit sms yang penah budak2 forwardkan padaku:
Kita menangis kerana Tuhan hilangkan mentari dan datangkan hujan dan ribut petir, namun kita tak tau, sebenarnya Tuhan ingin hadiahkan kita pelangi yang indah.... peh..(ayat budak2 katakan..)
En. Syam diam...
Lama sangat dia tak balas emelku...
lama..
hingga ku rasa, dia tersinggung...
ermm.. takper...ku tak kisah. cari teman chatting lain..
Tapi lepas tu dia balas. Rupenya dia balik kampung. Tenangkan diri.
Kat kampung pulak ditakdirkan dia jumpa xclassmate dia dulu.
Dia rasa dia bekenan..nak kawen
saya ok wlaupon rasa agak ???
Tapi pastu exgelfren dia ingin kembali.
Dia tanya saya.
Saya serahkan padanya.Dia buat keputusan tak ingin berpatah balik.
Akhirnya mereka kawen.
cepatnyer...
sejak itu, kami terputus hubungan.
saya harap dia bahagia, dan wife dia yang baik tu bahagia.
Cuma saya musykil.
Adakah kawen kerana nak memadanmukakan bekas kekasih?
Saya rasa yea. Dan saya harap perkahwinan dia tak jadi macam kisah ke 2 dan ke tiga yang akan saya ceritakan.
Apa pendapat anda semua?
Ampun buk
Masa tu, kutelah selamat melahirkan seorang bayi yang sungguh come. Anak sulungku Adam.
Ku bersalin di kampung,
(dengan harapan anak-anakku dapat beli tanah di negeri ini kelak)
Selepas ku bersalin, maka cam biasalah, mentuaku datang melawat cucunya yang ke..ermmm kulupe berape belas, tapi pertamalah bagiku.
Masa tu ku baru saja selesai berurut dan tungku..peh banyak betul angin kuar..
Oleh kerana masa tu, ku baru jadi menantu mentuaku tak sampai setahun.., maka dengan control ayunya ku bersalaman dengan mak dan pak mentuaku sambil bertanya kabar, tapi malangnya ada anggota badanku yang nannak (mama pinjam word adik yea) berkompromi denganku..
puuuUUttttt,.......puutttTTTTTTTTTT!!!...ah kuat dan penuh bertenaga sekali bunyinya.
Ibuku terkejut...
Mak Mentuaku terkejut...dan sengih
Pak mentuaku terkejut...dan wat-wat tak tau...
Diriku? oh diriku lah yang paling terkejut...nape bole kentut ni..mungkin lepas bersalin otot2 gagal memberikan tindakbalas kepada otak? tak tau pon akan kulepaskan angin keramat ini..
Suasana hening seketika....macam malaikat lalu...misai kucingku jatuh pon gamaknya akan terdengar....
hening..
hening...
Masa tu, muka ku bagaikan ditepek2 dengan taik..malunyerrrrrrrr.....
Akhirnya sesuatu bergerak..iye, hidung mentuaku. bergerak.
Kembang kempis hidung mentuaku menahan aroma gas nitrogenku..tapi ku yakin kentutku tidak berbau kerana diet pantang ku tidak mengandungi gas hidrogen sulfide, indole, ammonia dan skatole (baca artikel di bawah).......dan bila kupandang muka ibuku, hidungnya turut kembang-kempis..sebab, ketawanya dah kuar ikut hidung..kan gitu bu?
oh Tuhan, kenapa ia berlaku padaku.. dan ia adalah kali ke 2 ku dimalukan..Oh...
-----------------------------------------------------------------------------------------------
FAKTA KENTUT -Dipetik dari srikandi mama-
Kenapa kita kentut?
Kentut merupakan fenomena semulajadi yang berlaku pada manusia. Berbohonglah sesiapa yang mengaku tidak pernah kentut. Manusia kentut untuk mengeluarkan gas yang akan memudaratkan sistem badan.
Secara purata, lelaki mengeluarkan kentut sebanyak 1.5-2.5 liter sehari manakala wanita sebanyak 1-1.5 liter sehari, dalam julat 5-20 kali sehari. Ini bergantung kepada individu dan makanan yang diambilnya.
Apabila anda bernafas melalui mulut, hampir keseluruhan gas oksigen telah diserap oleh badan sebelum dapat melalui usus (intestin). Gas yang sampai ke usus besar ialah nitrogen. Tindak balas kimia yang berlaku dia antara asid perut dengan cecair usus serta tindak balas bakteria akan menghasilkan gas karbon dioksida. Bakteria juga menghasilkan gas hidrogen dan metana.
Penyelidikan menunjukkan bahawa gas kentut kebiasaannya terdiri daripada 60% nitrogen, 30% karbon dioksida dan 10% campuran gas metana dan hidrogen. Walau bagaimana pun, komposisi gas yang keluar dari badan anda bergantung kepada beberapa faktor:
- Makanan
- Udara yang disedut
- Jenis bakteria dalam usus
- Tempoh masa kentut ditahan keluar
Lebih lama kentut ditahan, lebih banyak jumlah gas nitrogen terkandung dalam kentut, kerana gas-gas lain akan diserap ke dalam salur darah melalui dinding usus. Seseorang yang sedang dalam keadaan cemas atau darah gemuruh akan bernafas dengan lebih laju dan sistem penghadamannya akan menjadi lebih pantas. Keadaaan ini akan menyebabkan kandungan oksigen dalam kentutnya menjadi lebih tinggi kerana pergerakan udara yang pantas mengakibatkan badannya tidak sempat untuk menyerap oksigen
Kenapa kentut berbau?
Bau busuk kentut adalah disebabkan oleh kehadiran 1% gas hidrogen sulfide, indole, ammonia dan skatole. Kebanyakan komposisi yang membentuk bau busuk kentut ini terdiri daripada sulfur. Lebih banyak kandungan sulfur dalam diet anda, lebih banyak skatole dan skatole akan dihasilkan oleh bateria dalam usus anda; maka lebih busuklah kentut anda! Makanan seperti kobis bunga, telur, bawang dan daging kebiasaannya menyebabkan kentut berbau busuk, manakala kekacang menghasilkan kentut yang kurang berbau busuk.
Kenapa kentut berbunyi?
Bunyi yang terhasil semasa kentut disebabkan oleh getaran lubang dubur (anus). Semasa anda membuang air besar, lubang anus akan terbuka dengan besar manakala semasa kentut kadar pembukaannya lebih kecil. Tenaga dan kekuatan bunyi kentut bergantung kepada halaju dan kauntiti gas yang akan keluar.
Wednesday, July 8, 2009
Terima kasih bos
Jadi dia belikan kami ini. Mekacih bosss...ingat gak kat kitorang
1. Letak syiling
2. Letak telepon
3. Masukkan dalam frame, gantung .(iskk tak nak , nampak cam bangga sangat dapat benda ni.. bos jangan kecik ati, nanti pegi oberse, jgn lupe sobenier lagi =)
4. Bagi kat adam, mesti dia buat simpan guli dia (dengan harapan adik tak nampak)
Sesape yang arif dan bijaksana mesti perasan pasu bunga tu adalah tabung haji.Saje wat trick kat pencurik (pencurik harap tak baca blog ni..)
Ultraman lawan Resakse
.jpg)
resakse:
eiiiii...geramnya budak kecik ni .......kaco nak main jerrr...
nah....toinggg...toinggg.... toiiingg..(nape asik melantun balik kepala dia ni?)
ultraman: (dalam ati)
sabar..sabar...kesabaran yang baik adalah untuk orang-orang yang beriman...
.jpg)
Ultraman:
Ni adik punyer laaaaaa....
Resakse :
Waaaaa....aaaa.aaaaaaa mama, ultraman amikk...
Adegan seterusnya tidak dapat disiarkan kerana mama resakse dan ultraman terpaksa mendukung salah sorang daripada mereka atas akibat serangan bertubi-tubi pihak lawannya...
try le teka...sape meneka dengan tepat dapat hadiah mesteri..
jeng jeng jeng....
.
.
.
.
...
Tuesday, July 7, 2009
Aku dan Lipas
Sejak dari kul 6pm, dah start memasak..
mula-mula potong bawang besar.
"mammaaa....ner mamaa?"
"mama shinni..."
Ku amik adik, dukung, bawak ke ruang tamu..."ni horse, sheep..."
Adik ralit.
Terkejar-kejar ke dapur.
Potong bawang putih seulas..
"mamaaa....maammmaaa?"
Buat tak tau..potong bawang merah.
"mamaaaaaa......"
Adik datang.
"Mamaaaaaa"
Hulur kepala kecik dia kat ruang antara kakiku dengan dapur dan loloskan badan dan tolak mamanya ke belakang..
adik hulur tangan..mintak dukung.
He heee...kalau citer sampai malam tak abih. Saje nak tunjuk betapa banyaknya rintangan dan dugaan namun tabah jua kuhadapi.
Diringkaskan citer, selepas melalui pelbagai halangan dan cabaran dalam membuat gulai kicap ayam..maka resepi itu hampir berjaya masak.
Kul 7.15 abi gi solat
kul 7.50 abi balik.
Bawang besar dimasukkan sebagai sentuhan terakhir.
Ku pegi solat selepas menyerahkan adik pada abinya.
Ku 8.15.......debaran berlaku
"ABIIIIIIIIIIIIIIII........................"
Waaaaaaaa...................................
Gulai ku ...oh gulai kicapku....
Lipas masuk dalamnya, tersengih memandangku (ni imaginasiku sahaja, sebab gulaiku sedap, mesti dia suka)
Tertungging tungging ku lihat lipas itu berenang melawan arus kuahku yang menggelegak.
(Sebenarnya lipas tu dah lama arwah)
Sekarang resepiku bertukar nama Gulai Kicap Masak Ayam Kuah Lipas... hu hu huuuuu
Sape nak?Sedap tau, bukan senang ku nak masakkan untuk kekawan..=)
Ahmad Izzah - A Touching Story.
Suatu petang, di tahun 1525. Penjara tempat tahanan orang-orang di situ terasa hening mencengkam. Jeneral Adolf Roberto, pemimpin penjara yang terkenal bengis, tengah memeriksa setiap kamar tahanan. Setiap banduan penjara membongkokkan badannya rendah-rendah ketika 'algojo penjara' itu melintasi di hadapan mereka. Kerana kalau tidak, sepatu 'boot keras' milik tuan Roberto yang fanatik Kristian itu akan mendarat di wajah mereka. Roberto marah besar ketika dari sebuah kamar tahanan terdengar seseorang mengumandangkan suara-suara yang amat ia benci.
"Hoi... Hentikan suara jelekmu! Hentikan...!" Teriak Roberto sekeras-kerasnya sambil membelalakkan mata. Namun apa yang terjadi? Laki-laki di kamar tahanan tadi tetap saja bersenandung dengan khusyu'nya. Roberto bertambah berang. Algojo penjara itu menghampiri kamar tahanan yang luasnya tak lebih sekadar cukup untuk satu orang. Dengan marah ia menyemburkan ludahnya ke wajah tua sang tahanan yang keriput hanya tinggal tulang. Tak puas sampai di situ, ia lalu menyucuh wajah dan seluruh badan orang tua renta itu dengan rokoknya yang menyala.
Sungguh ajaib... Tak terdengar secuil pun keluh kesakitan. Bibir yang pucat kering milik sang tahanan amat galak untuk meneriakkan kata Rabbi, wa ana 'abduka... Tahanan lain yang menyaksikan kebiadaban itu serentak bertakbir sambil berkata, "Bersabarlah wahai ustaz...InsyaAllah tempatmu di Syurga."
Melihat kegigihan orang tua yang dipanggil ustaz oleh sesama tahanan,'algojo penjara' itu bertambah memuncak marahnya. Ia memerintahkan pegawai penjara untuk membuka sel, dan ditariknya tubuh orang tua itu keras-kerasnya sehingga terjerembab di lantai. "Hai orang tua busuk! Bukankah engkau tahu, aku tidak suka bahasa hinamu itu?! Aku tidak suka apa-apa yang berhubung dengan agamamu! Ketahuilah orang tua dungu, bumi Sepanyol ini kini telah berada dalam kekuasaan bapa kami, Tuhan Jesus. Anda telah membuat aku benci dan geram dengan 'suara-suara' yang seharusnya tidak didengari lagi di sini. Sebagai balasannya engkau akan kubunuh. Kecuali, kalau engkau mahu minta maaf dan masuk agama kami."
Mendengar "khutbah" itu orang tua itu mendongakkan kepala, menatap Roberto dengan tatapan yang tajam dan dingin. Ia lalu berucap, "Sungguh... aku sangat merindukan kematian, agar aku segera dapat menjumpai Kekasihku yang amat kucintai, Allah. Bila kini aku berada di puncak kebahagiaan kerana akan segera menemuiNya, patutkah aku berlutut kepadamu, hai manusia busuk? Jika aku turuti kemahuanmu, tentu aku termasuk manusia yang amat bodoh."
Sejurus sahaja kata-kata itu terhenti, sepatu lars Roberto sudah mendarat di wajahnya. Laki-laki itu terhuyung. Kemudian jatuh terkapar di lantai penjara dengan wajah berlumuran darah. Ketika itulah dari saku baju penjaranya yang telah lusuh, meluncur sebuah 'buku kecil'.
Adolf Roberto berusaha memungutnya. Namun tangan sang Ustaz telah terlebih dahulu mengambil dan menggenggamnya erat-erat. "Berikan buku itu, hai laki-laki dungu!" bentak Roberto. "Haram bagi tanganmu yang kafir dan berlumuran dosa untuk menyentuh barang suci ini!" ucap sang ustaz dengan tatapan menghina pada Roberto. Tak ada jalan lain, akhirnya Roberto mengambil jalan paksa untuk mendapatkan buku itu. Sepatu lars seberat dua kilogram itu ia gunakan untuk menginjak jari-jari tangan sang ustaz yang telah lemah.
Suara gemeretak tulang yang patah terdengar menggetarkan hati. Namun tidak demikian bagi Roberto. Laki-laki bengis itu malah merasa bangga mendengar gemeretak tulang yang terputus. Bahkan 'algojo penjara' itu merasa lebih puas lagi ketika melihat titisan darah mengalir dari jari-jari musuhnya yang telah hancur.
Setelah tangan tua itu tak berdaya, Roberto memungut buku kecil yang membuatnya baran. Perlahan Roberto membuka sampul buku yang telah lusuh. Mendadak algojo itu termenung. "Ah... Seperti aku pernah mengenal buku ini. Tetapi bila? Ya, aku pernah mengenal buku ini." suara hati Roberto bertanya-tanya. Perlahan Roberto membuka lembaran pertama itu. Pemuda berumur tiga puluh tahun itu bertambah terkejut tatkala melihat tulisan-tulisan "aneh" dalam buku itu. Rasanya ia pernah mengenal tulisan seperti itu dahulu. Namun, sekarang tak pernah dilihatnya di bumi Sepanyol.
Akhirnya Roberto duduk di samping sang ustaz yang sedang melepaskan nafas-nafas terakhirnya. Wajah bengis sang algojo kini diliputi tanda tanya yang dalam. Mata Roberto rapat terpejam. Ia berusaha keras mengingat peristiwa yang dialaminya sewaktu masih kanak-kanak.
Perlahan, sketsa masa lalu itu tergambar kembali dalam ingatan Roberto. Pemuda itu teringat ketika suatu petang di masa kanak-kanaknya terjadi kekecohan besar di negeri tempat kelahirannya ini. Petang itu ia melihat peristiwa yang mengerikan di lapangan Inkuisisi (lapangan tempat pembantaian kaum muslimin di Andalusia). Di tempat itu tengah berlangsung pesta darah dan nyawa. Beribu-ribu jiwa tak berdosa gugur di bumi Andalusia. Di hujung kiri lapangan, beberapa puluh wanita berhijab (jilbab) digantung pada tiang-tiang besi yang terpancang tinggi. Tubuh mereka bergelantungan tertiup angin petang yang kencang, membuat pakaian muslimah yang dikenakan berkibar-kibar di udara.
Sementara, di tengah lapangan ratusan pemuda Islam dibakar hidup-hidup pada tiang-tiang salib, hanya kerana tidak mahu memasuki agama yang dibawa oleh para rahib.
Seorang kanak-kanak lelaki comel dan tampan, berumur sekitar tujuh tahun, malam itu masih berdiri tegak di lapangan Inkuisisi yang telah senyap. Korban-korban kebiadaban itu telah syahid semua. Kanak-kanak comel itu melimpahkan airmatanya menatap sang ibu yang terkulai lemah di tiang gantungan. Perlahan-lahan kanak-kanak itu mendekati tubuh sang ummi yang tak sudah bernyawa, sambil menggayuti abinya.
Sang anak itu berkata dengan suara parau, "Ummi! Ummi! Mari kita pulang. Hari telah malam. Bukankah ummi telah berjanji malam ini akan mengajariku lagi tentang alif, ba, ta, tsa....? Ummi, cepat pulang ke rumah ummi..."
Budak kecil itu akhirnya menangis keras, ketika sang ummi tak jua menjawab ucapannya. Ia semakin bingung dan takut, tak tahu apa yang harus dibuat. Untuk pulang ke rumah pun ia tak tahu arah. Akhirnya budak itu berteriak memanggil bapaknya, "Abi... Abi... Abi..." Namun ia segera terhenti berteriak memanggil sang bapa ketika teringat petang kelmarin bapanya diseret dari rumah oleh beberapa orang berseragam.
"Hoi! Siapa kamu?!" jerit segerombolan orang yang tiba-tiba mendekati budak tersebut. "Saya Ahmad Izzah, sedang menunggu Ummi..." jawabnya memohon belas kasih. "Hah? Siapa namamu budak, cuba ulangi!" bentak salah seorang dari mereka.
"Saya Ahmad Izzah..." dia kembali menjawab dengan agak kasar. Tiba-tiba 'plak'! Sebuah tamparan mendarat di pipi si kecil. "Hai budak...! Wajahmu cantik tapi namamu hodoh. Aku benci namamu. Sekarang kutukar namamu dengan nama yang lebih baik. Namamu sekarang 'Adolf Roberto'. Awas! Jangan kau sebut lagi namamu yang buruk itu. Kalau kau sebut lagi nama lamamu itu, nanti akan kubunuh!" ancam laki-laki itu. Budak itu mengigil ketakutan, sembari tetap menitiskan air mata. Dia hanya menurut ketika gerombolan itu membawanya keluar lapangan Inkuisisi. Akhirnya budak tampan itu hidup bersama mereka.
Roberto sedar dari renungannya yang panjang. Pemuda itu melompat ke arah sang tahanan. Secepat kilat dirobeknya baju penjara yang melekat pada tubuh sang ustaz. Ia mencari-cari sesuatu di pusat laki-laki itu. Ketika ia menemukan sebuah 'tanda hitam' ia berteriak histeria, "Abi...!Abi...!Abi...!" Ia pun menangis keras, tak ubahnya seperti Ahmad Izzah dulu. Fikirannya terus bergelut dengan masa lalunya. Ia masih ingat betul, bahwa buku kecil yang ada di dalam genggamannya adalah Kitab Suci milik bapanya, yang dulu sering dibawa dan dibaca ayahnya ketika hendak menidurkannya. Ia jua ingat betul ayahnya mempunyai 'tanda hitam' pada bahagian pusat.
Pemuda bengis itu terus meraung dan memeluk erat tubuh tua nan lemah. Tampak sekali ada penyesalan yang amat dalam atas tingkah-lakunya selama ini. Lidahnya yang sudah berpuluh-puluh tahun lupa akan Islam, saat itu dengan spontan menyebut, "Abi... Aku masih ingat alif, ba, ta, tha..."
Hanya sebatas kata itu yang masih terakam dalam benaknya.
Sang ustaz segera membuka mata ketika merasakan ada titisan hangat yang membasahi wajahnya. Dengan tatapan samar dia masih dapat melihat seseorang yang tadi menyeksanya habis-habisan kini sedang memeluknya. "Tunjuki aku pada jalan yang telah engkau tempuhi Abi, tunjukkan aku pada jalan itu..."
Terdengar suara Roberto meminta belas. Sang ustaz tengah mengatur nafas untuk berkata-kata, lalu memejamkan matanya. Air matanya pun turut berlinang. Betapa tidak, jika setelah puluhan tahun, ternyata ia masih sempat berjumpa dengan buah hatinya, di tempat ini. Sungguh tak masuk akal. Ini semata-mata bukti kebesaran Allah.
Sang Abi dengan susah payah masih boleh berucap. "Anakku, pergilah engkau ke Mesir. Di sana banyak saudaramu. Katakan saja bahwa engkau kenal dengan Syaikh Abdullah Fattah Ismail Al-Andalusy. Belajarlah engkau di negeri itu..."
Setelah selesai berpesan sang ustaz menghembuskan nafas terakhir dengan berbekal kalimah indah "Asyahadu anla Illaaha ilALlah, wa asyahadu anna Muhammad Rasullullah..." Beliau pergi menemui Rabbnya dengan tersenyum, setelah sekian lama berjuang di bumi yang fana ini.
Kini Ahmah Izzah telah menjadi seorang alim di Mesir. Seluruh hidupnya dibaktikan untuk agamanya, Islam, sebagai ganti kekafiran yang di masa muda sempat disandangnya. Ramai pemuda Islam dari berbagai penjuru berguru dengannya..."
Al-Ustadz Ahmad Izzah Al-Andalusy.
Benarlah firman Allah...
"Maka hadapkanlah wajahmu dengan lurus kepada agama Allah, tetaplah atas fitrah Allah yang telah menciptakan manusia menurut fitrahnya itu. Tidak ada perubahan atas fitrah Allah. Itulah agama yang lurus, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui." (QS30:30)
Syeikh Al-Islam Turki yang terakhir iaitu As-Syeikh Mustafa Al Basri telah menegaskan dalam bukunya... "Sekularisma yang memisahkan ajaran agama dengan kehidupan dunia merupakan jalan paling mudah untuk menjadi murtad."
Pahala Seorang Wanita
Buat sahabat-sahabat yang sudah berkahwin atau
bertunang serta yang tiada sebarang hubungan, harap
sampaikanlah artikel ini kpd para wanita...... .
1. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada
70 orang wali.
2. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada
70 lelaki soleh.
3. Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk
daripada 1,000 lelakiyang jahat.
4. 2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih
baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.
5. Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya
daripada badannya (susubadan) akan dapat satu pahala
daripada tiap-tiap titik susu yangdiberikannya.
6. Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang
ke rumah di dalam keadaan letih akan mendapat pahala
jihad.
7. Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang
tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan
mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.
8. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang
dan suami yang melihat isterinya dengan kasih sayang
akan dipandang Allah dengan penuh rahmat.
9. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan
berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab
rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal
daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 maalaikat
dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam
syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda
yang dibuat daripada yakut.
10. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari
kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh
Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati
anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.
11. Wanita yang memerah susu binatang dengan
"bismillah" akan didoakan oleh binatang itu dengan doa
keberkatan.
12. Wanita yang menguli tepung gandum dengan
bismillah", Allah akan berkatkan rezekinya.
13. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan
mendapat pahala seperti meyapu lantai di baitullah.
14. Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada
suami, Allah akan mengizinkannya untuk memasuki syurga
dari mana-mana pintu yang dia suka.
15.. Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada
siang hari.
16 Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada
malam hari.
17. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun
solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya
Allah mengurniakan satu pahala haji.
18. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas
bersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid.
19. Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan
mendapat pahala 12 tahun solat..
20. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh
(2 1/2 tahun), maka maalaikat-maalaikat di langit akan
khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.
21. Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya
yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun
solat dan puasa.
22. Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan
mendapat pahala 7tola emas dan jika wanita memicit
suami bila disuruh akan mendapat pahala tola perak.
23. Wanita yang meniggal dunia dengan keredhaan
suaminya akan memasuki syurga.
24. Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan
mendapat pahala80 tahun ibadat.
Pandangan: Amatlah mudah bagi seorang wanita untuk
menjejak Syurga.
Namun begitu mengapa terlalu ramai yang masih hidup
dalam kejahilan?
Sang suami pula perlu ingat, tidak kamu jejaki syurga
sebelum keluarga kamu menjejak syurga. Jangan ingat
hendak kahwin empat jika yang satu belum terbela.Yang
belum kahwin tu ingat, kamu terdedah kepada
kemungkaran. Iman akan dicabar sehebat-hebatnya ketika
ini. Pilih lah Syurga dan bukannya Neraka.
Siapa tahu, hari ini kita tak sampai ke rumah sebab
dipertengahan jalan kita bertemu Izrail.
Siapa tahu, hari ini hari terakhir kita berjumpa
pasangan kita sebab dipertengahan jalan, dia berjumpa
Izrail. Bagaimana rasanya ketika berjumpa Izrail?
Untuk yang beriman, macam 700 pedang yang tajam
mencucuk kamu dalam semua arah. Yang tak beriman,
bayangkan pisau potong daging kat pasar tu yang
tumpul.
Pisau tu menetak kepala kita macam mana orang
memecahkan tempurung kelapa. Kepala kita di kopak dua,
dipisahkan dengan kasarnya, ketika kita masih hidup.
Lepas tu di kapak-kapak kan kepala kita macam
tembikai. Itu baru bab kepala. Belum masuk tangan,
kaki, badan,etc... .
Dipetik daripada Bayan Masturat Oleh Syed Ahmad Khan;
Januari 1992.
Hadis nabi mengenai wanita.
Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana
sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki.
Ketika ditanya kepada Rasulullah akan hal tersebut,
jawab baginda, "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan
doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".
Nilai Seorang wanita solehah
Dibawah ini adalah beberapa petikan hadis yang
menyatakan mengenai kelebihan wanita solehah, mudah -
mudahan dengan membaca dan menghayati hadis ini akan
memberi kekuatan kepada kita untuk mengamalkan Islam
dalam erti kata yang sebenarnya.
Insya - ALLAH.
"Empat jenis, siapa yang diberi akan keempat - empat
jenis ini beerti dia telah memperolehi sebaik - baik
dunia dan akhirat. Iaitu hati yang selalu bersyukur,
lidah yang sentiasa berzikir, jiwa yang selalu sabar
dengan cubaan dan isteri yang tidak melakukan dosa dan
menzalimi suaminya".
Ath-Thabrani.
"Tidak perlu lagi seorang mukmin setelah ianya
bertakwa kepada ALLAH akan sebaik - baik keperluan
baginya selain dari isteri yang solehah. Jika ia
menyuruh isteri mentaatinya. Dan jika dia melihat
kepada isterinya, isterinya menyukakan hatinya. Dan
jika dia menyumpah memarahi isterinya, isterinya tetap
juga berbuat baik kepada suaminya. Dan jika suaminya
tiada dirumah dia menyimpan rahsia dan harta
suaminya".
Ibnu-majah.
"Janganlah kamu mengahwini wanita kerana paras rupa
yang cantik, mungkin paras rupa itu membawa
kehancuran, jangan kamu kahwini wanita kerana hartanya
kerana berkemungkinan harta itu membawa kepada
kezaliman. Tetapi kahwinlah wanita kerana agamanya,
seorang wanita hamba yang hitam yang menghayati agama
sesungguhnya lebih baik"
Ibnu - Majah.
Monday, July 6, 2009
Paling malas
Pada masa dahulu, ada sebuah kampung dimana semua rakyatnya amat RAJIN belaka tidak ada yang malas.
Jadi pada suatu hari, rajanya membuat pengumuman hendak mencari seorang yang malas. Semasa perhimpunan itu, adalah seorang lelaki mengaku
Katanya : 'saya adalah yang paling malas'
Raja pun bertanya : 'apa tahap malas awak?'
Lalu jawab lelaki tersebut :'kalau saya hendak makan,ada orang yangmenyuapkan saya'.
Tiba-tiba datang seorang lelaki lagi : 'Saya lebih malas lagi dari dia tuanku'.
Tuanku pun bertanya kepadanya : 'sampai mana pulak tahap malas awak?'
maka jawabnya : 'Kalau saya makanpun, sampai ada orang tolong kunyahkan'.
Maka raja pun terdiam.....
Tanpa disangka2 datang seorang budak lelaki datang kepadanya sambil berkata:
'saya adalah yang paling malas tuanku'.
Raja pun bertanya: 'bagaimana pula tahap kemalasan awak?'
budak itu pun menjawab : 'Nak cite pun malas'....
Jom nyanyi gan adam

Adam suka sangat nyanyi lagu satu labah-labah, twinkle little star, ibu ayam dikejar musang.
Sebenarnya, saya pun main hentamlah gan lirik* lagu satu labah2 ni. sebab saya dengar kat tv lain, yang habi ajar lain..
layann jer...
Satu labah-labah
Satu labah-labah (kena wat gaya labah-labah)
cuba panjat perigi
bila hujan turun (Bukak tapak tangan ke hadapan, gerak-gerakkan, dan turun pelan-pelan)
labah cepat lari (geletek budak-budak)
Terbit matahari (kembang-kuncupkan tangan)
Labah datang lagi *
Dan Labah cuba panjat (Aksimacam jari-jemari mendaki ketiak budak)
Sekali lagi
Ibu Ayam dikejar musang
Ibu Ayam dikejar musang (wat aksi berlari guna lengan jer..kokk kokkk kookk)
Anak ayam cari ibunya (kalu kita yang nyanyi, anak kena buat suara latar ciitt cit ciittt)
Ibu ayam berlari terus lari dan ditangkap musang..(kena aksi lari dan tangan tangkap ketiak anak)
Anak ayam mencari, terus cari ibunya yang hilang...ciitt cit ciitt
Oh kasihan.....(tangan sapu mata kanan cam nangis)
Oh kasihan.....(tangan sapu mata kiri cam nangis)
Aaaaaduuuhhh...kaasihaaannnnn (tangan dua-dua belah sapu mata sambil nangis)
Sebenarnya aksi2 kat atas tu adam yang buat, mama dia yang tukang nyanyinyer ... ha haa
Sunday, July 5, 2009
Adam nak pinggan, ulwan nak book
Pernahkah anda berdepan gan senario di bawah:
Senario 1
Masa: 3.15 pagi
Hari : Sabtu (Sungguh bernasib baik, hujung minggu)
Tempat: Rumat Flat
"Waaaaaa....wargggghhhhh...!!!!! "
suara merdu bak semboyan tetiba menerjah ke gegendang (nak cakap kompang leh tak?) telinga anda ketika tengah syok tido.
"Mammaaaa...adam nak pinggan..amikkan adam pinggan , nak pinggan..!!!!"
sambil melalak sesungguh ati..
"Haaa..pinggan?.." mama adam yang mithali (saya le tu...) terbangun..terpinga-Pinga..."pinggan..?...okieeee..nah pinggan adam..tido yea sayang"..sambil menepuk punggung budak adam gan penuh..err kasih sayang... (he he pinggan tipu..ingat bole jalan ke)
"Pinggan adam mane?..."
"err..ni pinggang adam ni ni..siap ku cucuk cucuk lagi pinggang adam"..lawak la tu konon...
"mana pinggan adam? adam nak pinggan jugak!!!...pinggan adam mana?-pinggan adam mana?"
Oleh kerana suara jeritan si adam semakin tinggi sehingga pada pengamatan saya boleh mencecah 140-150 desibel jika dibiarkan di mana keadaan itu boleh menyebabkan kerosakan pendengaran alias pekak. Maka...
ku berlari-dan berlari-dan berlari ke dapur...demi mendapatkan pinggan plastik bujur adam.
Fuhh lega...
maka tidolah budak yang comel dengan bersungguh-sungguh setelah berjaya memeluk pinggan busuk beliau..
ada pelik?
Senario 2
Masa: 2.30 pagi
Hari:Ahad
Tempat: Rumah Flat
"Ner mama?(mana mama)"..satu suara halus kedengaran..suara seorang bayi 16 bulan.
Iskk lemah semangat den.
"mama shini dik..mama shini..(mama di sini)"ku pejam mata rapat2. Iskk jangan le budak ulwan ni pelepak muka come mama...
mama..mamaaaa...ulwan yang mesra dipanggil adik menghampiri.."mama..mamaa"
papp..papp..
dibukak-bukaknya mata..ditepuk-tepuknya pipi mama yang gebu..he he..
tak cukup dengan itu, adik turut membantu mama mengorek hidung dengan tangan kecik dia.
mamaaaaaa.....mamaaaa...waaaaaaa...waaaaa..!!!!!!
nampaknya, bila adik gunakan kuasa veto dia..mama terpaksalah bangun..
yea dik..terpisat2 mataku (er ada perkataan ni tak?)
mammaaa...(ku rasa tajuk ini agak boring sket sebab pelakonnya baby yang hanya reti pekataan ner (mana), mama, cat, nannak (tak nak))
adik tunjuk ke arah meja..nak air kosong..dahaga kot
aku: okie
adik tunjuk lagi biskut dalam plastik ijau
aku: adik lapar yea..okie
kubukak tudung dan adik sesukati pilih yang dia nak..
uiii..tengok suka ati benor dia..dapat biskut.. jangan jeles ahh..
you see at his back..cahaya lampu..citer ni tak tipu tauu..memang kul 2.30 pagi..
Okie..
minum air dah makan biskut dah.. tido yea..
kuangkat ulwan baringkan dan tupp..masukkan puting dalam mulut (untuk sesape yang berotak kuning, puting adalah berbotol)...
fuhhh..lega..
adik terkebil-kebil...
"nannak..." dia hiling-hiling...eh syasyul bahasa kelate lak...geleng-geleng kepala.
"bok mama... "
adooiii..
nak buku lak..
ulwan sudah siap2 amik buku, bukak dan tunjuk-tunjuk.."tet...tetttt (cat)"
hmmm rajin benor anak mama ni..study kul 3.00 pagi..ada harapan jadi angkasawan ni.
next...
"tett..tettttt (cat)"
tak dik, tu sheep..sheepp... huwaaaaa (nguap beso)

"Tido yea dikk..dah abih dahhh..."
Puiiii...bersediakah anda jadi sorang ibu mithali?
Salam Semua
Alkisahnya cp park motor kat tepi pagar, but isolated from others la.nanti senang cp nak balik karang. Orang parking mengadap pagar, cp parking 'membototi' motor2 lain.
Motor cp sorang jer kat sana.
Tapi bila balik...halemakk..ape dah jadi? huu..sape yang penah kena?
hmm moto cp memang ramai peminat coz cp suke parking dengan cara sumbang kera sumbang pun jadi camni gak.....camner cp nak kuar ni..sob sobb..
Okkk..akhirnya dapat jugak kuar.
????????
scroll down
ha haa..kalu sesape teka bukak peti ais, buang barang dalam tu pastu masuk buah naga memang...salah..













.jpg)