Tuesday, July 7, 2009

Aku dan Lipas

Semalam, satu kejadian yang menyedihkan telah berlaku di rumahku... sob

Sejak dari kul 6pm, dah start memasak..

mula-mula potong bawang besar.
"mammaaa....ner mamaa?"

"mama shinni..."

Ku amik adik, dukung, bawak ke ruang tamu..."ni horse, sheep..."

Adik ralit.

Terkejar-kejar ke dapur.
Potong bawang putih seulas..

"mamaaa....maammmaaa?"

Buat tak tau..potong bawang merah.

"mamaaaaaa......"

Adik datang.

"Mamaaaaaa"

Hulur kepala kecik dia kat ruang antara kakiku dengan dapur dan loloskan badan dan tolak mamanya ke belakang..

adik hulur tangan..mintak dukung.

He heee...kalau citer sampai malam tak abih. Saje nak tunjuk betapa banyaknya rintangan dan dugaan namun tabah jua kuhadapi.

Diringkaskan citer, selepas melalui pelbagai halangan dan cabaran dalam membuat gulai kicap ayam..maka resepi itu hampir berjaya masak.

Kul 7.15 abi gi solat
kul 7.50 abi balik.

Bawang besar dimasukkan sebagai sentuhan terakhir.

Ku pegi solat selepas menyerahkan adik pada abinya.

Ku 8.15.......debaran berlaku


"ABIIIIIIIIIIIIIIII........................"

Waaaaaaaa...................................


Gulai ku ...oh gulai kicapku....

Lipas masuk dalamnya, tersengih memandangku (ni imaginasiku sahaja, sebab gulaiku sedap, mesti dia suka)
Tertungging tungging ku lihat lipas itu berenang melawan arus kuahku yang menggelegak.

(Sebenarnya lipas tu dah lama arwah)

Sekarang resepiku bertukar nama Gulai Kicap Masak Ayam Kuah Lipas... hu hu huuuuu

Sape nak?Sedap tau, bukan senang ku nak masakkan untuk kekawan..=)

No comments:

Post a Comment