Friday, July 10, 2009

Akhirnya ku yang terkena

Hari ni ntah kenapa ku agak bersemangat untuk menyelesaikan kerja hingga habih..

tapi, biasanya masa ni le jebon2 nak mengganggu.maklumler, hampir kul 5.00 semua otak dah tepu.

tapp..tapp.tapp 12,000 + 3254 + 66,000 + ....
Semasa kusibuk di meja membuat kerja , ekor mataku terpandang makhluk yang sedang bertenggek depan pintu bilikku.

ku pandang sekilas, oh budak hafez ni.

ku wat-wat tak tau.
ku pandang lagi. Dia sengih. Sambil mencangkung macam nak uk uk tangannya mendopang pipi sambil memandangku. Sengihnya tak berenti.

ku kembali tunduk. malas nak layan. fail yang baru diterima sangat memeningkan. Nak buat dek tak leh plak.keje.

Oleh kerana ku rasa makhluk itu masih ada lagi kupandang lagi.

Dia sengih, sikit pon tak berganjak.

Akhirnya ku bersuara..bagi le dia muka sket.."yea hafeez, nak per?"

Tak membuang masa, macam tunggu ku tegur terus dia bersuara .."ermm nengok kak teh ler..hari ni akak pakai tudung kuning kena la ngan kulit akak yang cerah, lebih menyerlah.comenye"...hafeez merenyam..

"isk isk isk...tak tau ler naper feez, tapi masalahnya akak memang tak der duit hari ni...serius."

ku toleh kiri dan kanan mencari2 doit yang ingin disedekahkan kerana memujiku..

"ermm memang tak der le.."ku buat2 muka serius

Hafeez cabut.

Ha.Boleh sambung keje.

Tak sampai 2 minit jebon kedua lak..

"Aduii..aku memang kagum le gan teh ni..hari jumaat cenggini pon still fokus lagi kan. tu ler heran nape tak dapat anugerah cemerlang.." Tiba2 jer jebon no 2 menjenguk masuk.

"Tu la saya pon heran nape tak dapat...." Muka serius.

tap tapp tappp aku mengira lagi ...makin laju..isk diorang ni tak leh fokus le kalau asik kena kaco jer.

Tiba-tiba.. baru jer jebon no 2 pegi...

"Cik teh oOOO.. Cik Teh tak kuar ke minggu ni..dah lama sangat tak kuar..." Driver opis ku menjengukkan kepalanya.

Oiii rajin tul ler...cik teh dah duduk umah baru ke?

Aaaa...sudah..diajaknya ku berbual lak.. aii, rintangan sungguh.beginilah nasib pegawai yang berdedikasi cam ku.

Kul 5.10 minit. Haaaa siap gak. ni masanya ku kaco orang lain plak.

err nak kaco sape yea...

Kaco Zira ler..kusyuk nampak chatting..

Ku berdiri kat blakang, tengah chatting. tak pernah ku chatting guna Y.M. Guna emel tau ler.

"err zira, kalu nak chatting gitu, macammane nak mula..?Ajarle akak."

"Ooo..kak teh kena ada emel Yahoo."

"Kena Yahoo jugak ke? akak ada google jer."

Tiba2 ku lihat di skrin mesej zira "kak teh nak belajar chat ke"

Dalam hatiku.Aikk...???

Zira reply, "A aaa..."

Eh, dengan innesennya ku bertanya, "camner dia tahu akak nak belajar. Zira bagitau ke?"

Zira: Err dia tau ler sebab dia kawan saya

CP: Tipuu ler, mesti sebelum ni zira bagitau..

Zira: Tak ah, sebab dia kawan saya ler dia tau.

CP: Ni kak teh yang dia tulis ni sape?

Zira: Akak ler, kak teh ni ler,sambil tepuk2 ku dan tersengih-sengih.

CP: Kawan Zira yang mana? dok kat ner..?

Zira: He he heee..kawan ler...

Otakku menerawang macam kartun newton..ke ada bau? nampak sangat pengetahuan chatting ku zero. ku teringat kisat saintis jepun yang berjaya menghantar bau ke penerima lain.

Tapi bila direnung balik..zira memang seorang jujur tetapi..agak licik jugak..kawan?
Zira hanya tunduk jer, tak berani memandangku.. hmmm takut tembelang pecah ni?

Tiba-tiba ku terlintas...

"Oooo...kawan yang ni yea....yang kat sebelah ni?.."ku tunjuk pada Zura yang berada di akuarium sebelah Zira.

"keh keh kehhh kehh..kah kaahh kahh koh kooh kohhh" ...tiba-tiba, pecah tawa mereka.

buruk benar ....
"ha haa..baru jer nak tanya kawan dok kat ner.." Zura menambah. "ha haa haaaa"

"ho hoo haaaaa"

"he he hee.."

"Oo ni tak de mulut dah ke sampai dok sebelah pon nak kene chatting.." ku membebel cover malu.

"koh kohh kohh.!!!."

uii.aib sungguh bila buta IT ni..

Tawa mereka langsung tak nak stop!

No comments:

Post a Comment