Thursday, July 9, 2009

Ampun buk

Masa nak solat tadi, sesuatu yang teruk telah berlaku yang menyebabkan air solat terbatal dan turut mengheretku mengimbas satu kisah dulu..

Masa tu, kutelah selamat melahirkan seorang bayi yang sungguh come. Anak sulungku Adam.

Ku bersalin di kampung,
(dengan harapan anak-anakku dapat beli tanah di negeri ini kelak)

Selepas ku bersalin, maka cam biasalah, mentuaku datang melawat cucunya yang ke..ermmm kulupe berape belas, tapi pertamalah bagiku.

Masa tu ku baru saja selesai berurut dan tungku..peh banyak betul angin kuar..

Oleh kerana masa tu, ku baru jadi menantu mentuaku tak sampai setahun.., maka dengan control ayunya ku bersalaman dengan mak dan pak mentuaku sambil bertanya kabar, tapi malangnya ada anggota badanku yang nannak (mama pinjam word adik yea) berkompromi denganku..

puuuUUttttt,.......puutttTTTTTTTTTT!!!...ah kuat dan penuh bertenaga sekali bunyinya.


Ibuku terkejut...

Mak Mentuaku terkejut...dan sengih

Pak mentuaku terkejut...dan wat-wat tak tau...

Diriku? oh diriku lah yang paling terkejut...nape bole kentut ni..mungkin lepas bersalin otot2 gagal memberikan tindakbalas kepada otak? tak tau pon akan kulepaskan angin keramat ini..

Suasana hening seketika....macam malaikat lalu...misai kucingku jatuh pon gamaknya akan terdengar....

hening..

hening...

Masa tu, muka ku bagaikan ditepek2 dengan taik..malunyerrrrrrrr.....

Akhirnya sesuatu bergerak..iye, hidung mentuaku. bergerak.

Kembang kempis hidung mentuaku menahan aroma gas nitrogenku..tapi ku yakin kentutku tidak berbau kerana diet pantang ku tidak mengandungi gas hidrogen sulfide, indole, ammonia dan skatole (baca artikel di bawah).......dan bila kupandang muka ibuku, hidungnya turut kembang-kempis..sebab, ketawanya dah kuar ikut hidung..kan gitu bu?

oh Tuhan, kenapa ia berlaku padaku.. dan ia adalah kali ke 2 ku dimalukan..Oh...

-----------------------------------------------------------------------------------------------


FAKTA KENTUT -Dipetik dari srikandi mama-


Kenapa kita kentut?

Kentut merupakan fenomena semulajadi yang berlaku pada manusia. Berbohonglah sesiapa yang mengaku tidak pernah kentut. Manusia kentut untuk mengeluarkan gas yang akan memudaratkan sistem badan.

Secara purata, lelaki mengeluarkan kentut sebanyak 1.5-2.5 liter sehari manakala wanita sebanyak 1-1.5 liter sehari, dalam julat 5-20 kali sehari. Ini bergantung kepada individu dan makanan yang diambilnya.

Apabila anda bernafas melalui mulut, hampir keseluruhan gas oksigen telah diserap oleh badan sebelum dapat melalui usus (intestin). Gas yang sampai ke usus besar ialah nitrogen. Tindak balas kimia yang berlaku dia antara asid perut dengan cecair usus serta tindak balas bakteria akan menghasilkan gas karbon dioksida. Bakteria juga menghasilkan gas hidrogen dan metana.

Penyelidikan menunjukkan bahawa gas kentut kebiasaannya terdiri daripada 60% nitrogen, 30% karbon dioksida dan 10% campuran gas metana dan hidrogen. Walau bagaimana pun, komposisi gas yang keluar dari badan anda bergantung kepada beberapa faktor:

  • Makanan
  • Udara yang disedut
  • Jenis bakteria dalam usus
  • Tempoh masa kentut ditahan keluar

Lebih lama kentut ditahan, lebih banyak jumlah gas nitrogen terkandung dalam kentut, kerana gas-gas lain akan diserap ke dalam salur darah melalui dinding usus. Seseorang yang sedang dalam keadaan cemas atau darah gemuruh akan bernafas dengan lebih laju dan sistem penghadamannya akan menjadi lebih pantas. Keadaaan ini akan menyebabkan kandungan oksigen dalam kentutnya menjadi lebih tinggi kerana pergerakan udara yang pantas mengakibatkan badannya tidak sempat untuk menyerap oksigen

Kenapa kentut berbau?

Bau busuk kentut adalah disebabkan oleh kehadiran 1% gas hidrogen sulfide, indole, ammonia dan skatole. Kebanyakan komposisi yang membentuk bau busuk kentut ini terdiri daripada sulfur. Lebih banyak kandungan sulfur dalam diet anda, lebih banyak skatole dan skatole akan dihasilkan oleh bateria dalam usus anda; maka lebih busuklah kentut anda! Makanan seperti kobis bunga, telur, bawang dan daging kebiasaannya menyebabkan kentut berbau busuk, manakala kekacang menghasilkan kentut yang kurang berbau busuk.

Kenapa kentut berbunyi?

Bunyi yang terhasil semasa kentut disebabkan oleh getaran lubang dubur (anus). Semasa anda membuang air besar, lubang anus akan terbuka dengan besar manakala semasa kentut kadar pembukaannya lebih kecil. Tenaga dan kekuatan bunyi kentut bergantung kepada halaju dan kauntiti gas yang akan keluar.


No comments:

Post a Comment