Pernahkah anda dengar sebuah perkahwinan yang dibina kerana balas dendam kepada kekasih.Saya telah mendengar kisah ini sebanyak 3 kali. Seakan perkahwinan menjadi ikatan yang tidak begitu bermakna.
Gambar: Muhtarsuhailifiles.wordpress
Kisah 1
Kisah pertama adalah mengenai teman chatting saya.
Teman saya seorang lelaki yang tidak pernah bersua muka..(apa korang pk?) semestinya kerana memang teman chatting untuk bertukar pendapat sahaja.
Lama kelamaan , dia mula mempercayai saya. Saya namakan dia sebagai En. Syam.
Dia mula meluahkan perasaannya kerana gelprennya yang dikenali selama berbelas tahun dahulu mula beralih arah.curang.
Dia tak sanggup melupakan gelfren dia.
Setiap hari dia meluahkan rasa rindu, marah, sengsara dan bermacam lagi kepada bekas kekasih hatinya. Saya menjadi pendengar yang setia.Tiada komen. maklum, orang tengah angau.
Setelah agak lama, perasaannya mula reda.
Saya mula masuk jarum (apa korang pk?)
Karangan sebanyak lebih kurang 200 patah perkataan saya utarakan padanya. Dan saya harap tatabahasa saya betul agar tidak dipotong markah oleh en.syam.
Antaranya:
En. Syam, sesuatu yang berlaku ada hikmahnya.
1. Sape tau ALLAH nak bagi sesuatu yang lebih baik?
2. Sape tau kalu en.syam kawin dengan gelfren, tetiba gelfren curang pas kawen (sik baik dia curang sekarang).kalu xde anak takpe.kalu ada? apa jadi pada zuriat suci yang tidak bersalah?
3. Sape tau jodoh en. syam dengan yang lain akan menyelamatkan en.syam, bimbing en. syam (ku cakap begini kerana ku rasa dia agak kebaratan)
4. Sape tau rumahtangga en.syam akan bahagia kalu kawen gan dia..jamin ke bahagia?ntah-ntah tiap-tiap hari gaduh..
5. err, en.syam kan hensem.... (ku agak ler, bukankah tak penah jumpe?), petik jari sepuloh mai.Jom petik jari.tap tap tapp
Oleh itu, kerja2 Tuhan ni (perpisahan) ada hikmahnya...ku letakkan sedikit sms yang penah budak2 forwardkan padaku:
Kita menangis kerana Tuhan hilangkan mentari dan datangkan hujan dan ribut petir, namun kita tak tau, sebenarnya Tuhan ingin hadiahkan kita pelangi yang indah.... peh..(ayat budak2 katakan..)
En. Syam diam...
Lama sangat dia tak balas emelku...
lama..
hingga ku rasa, dia tersinggung...
ermm.. takper...ku tak kisah. cari teman chatting lain..
Tapi lepas tu dia balas. Rupenya dia balik kampung. Tenangkan diri.
Kat kampung pulak ditakdirkan dia jumpa xclassmate dia dulu.
Dia rasa dia bekenan..nak kawen
saya ok wlaupon rasa agak ???
Tapi pastu exgelfren dia ingin kembali.
Dia tanya saya.
Saya serahkan padanya.Dia buat keputusan tak ingin berpatah balik.
Akhirnya mereka kawen.
cepatnyer...
sejak itu, kami terputus hubungan.
saya harap dia bahagia, dan wife dia yang baik tu bahagia.
Cuma saya musykil.
Adakah kawen kerana nak memadanmukakan bekas kekasih?
Saya rasa yea. Dan saya harap perkahwinan dia tak jadi macam kisah ke 2 dan ke tiga yang akan saya ceritakan.
Apa pendapat anda semua?
.jpg)
No comments:
Post a Comment